News & Events
📢 HEBAHAN PROGRAM PEMBETULAN NAMA DAN NOMBOR KAD PENGENALAN DALAM GERAN TANAH (PROGRAM NIC) – KUDAT 2026
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah akan mengadakan Program NIC bagi membantu pemilik geran tanah membuat pembetulan ejaan nama serta nombor kad pengenalan dalam geran tanah NT/FR daerah Kudat dan geran leases seluruh Negeri Sabah. Proses pembetulan adalah percuma dan siap dalam masa sehari.
📅 Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dataran Tomborungus, Kudat
📄 Dokumen yang perlu dibawa:
1. Geran tanah (asal dan salinan)
2. Kad pengenalan pemilik (asal dan salinan)
⚠️ PENTING: Pemilik geran tanah hendaklah hadir sendiri dengan membawa dokumen yang dinyatakan.
Sebarkan hebahan ini kepada ahli keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang berkaitan.
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
... See MoreSee Less

- likes 11
- Shares: 5
- Comments: 1
1 CommentComment on Facebook
Ahmad Jupakal
📢 MAKLUMAN GANGGUAN AKSES SISTEM DAN INTERNET JABATAN
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian di Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah akan dilaksanakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 10 – 11 Oktober 2026 (Sabtu – Ahad)
Sehubungan itu, akses kepada sistem dan internet jabatan akan terjejas sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Perkhidmatan akan beroperasi semula setelah kerja-kerja penyelenggaraan selesai. Kerjasama serta perhatian semua pihak amat dihargai.
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
... See MoreSee Less

0 CommentsComment on Facebook
📢 MAKLUMAN
Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai 1 November 2026, semua permohonan yang melibatkan Pembangunan Tanah hendaklah dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui Website JTU: www.jtu.sabah.gov.my (e-Service – Land Development).
Sehubungan itu, permohonan secara manual tidak lagi diterima selepas tarikh tersebut.
Orang awam, pemilik tanah, pemaju serta pihak berkepentingan diminta mengambil maklum mengenai perubahan ini dan menggunakan kemudahan dalam talian yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat dalam poster.
Bantuan atau khidmat panduan menggunakan sistem, boleh diperolehi dari Meja Bantuan di :
Kaunter Utama, Aras 1, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, atau hubungi 011-13134055
... See MoreSee Less

0 CommentsComment on Facebook
JTU SABAH TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SABAH ENERGY CORPORATION
📅 30 September 2026 | Kota Kinabalu
Kunjungan Hormat daripada Sabah Energy corporation yang di ketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir Adzmir Bin Abdul Rahman.
... See MoreSee Less


0 CommentsComment on Facebook
JTU SABAH TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN II (JUPEM)
📅 29 September 2026 | Kota Kinabalu
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU Sabah) telah menerima kunjungan YBrs. LSr. Muhammad Salim bin Mohammed Asari, B.C.N., A.M.P., Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bersama delegasi JUPEM.
... See MoreSee Less

1 CommentComment on Facebook
Terbaik
📌 Program NIC Daerah Sandakan, Kinabatangan & Beluran
📅 Tarikh: 26–27 September 2026
📍 Tempat: Dewan Masyarakat Sandakan
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah melaksanakan Program Pembetulan Nama dan Nombor Kad Pengenalan dalam Geran Tanah (NIC) bagi daerah Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.
Program ini dilaksanakan bagi membantu pemilik tanah membuat pembetulan maklumat nama serta nombor kad pengenalan yang tercatat dalam geran tanah.
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemilik tanah yang hadir serta semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga pelaksanaan Program NIC terus memberi manfaat serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan jabatan kepada rakyat.
... See MoreSee Less


+
0 CommentsComment on Facebook