Berita & Acara
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
KOTA KINABALU, 10 April 2026 (Jumaat) - Bertempat di Bilik Persidangan Timbalai, Aras 8, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah berlangsung sesi kunjungan hormat daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah yang diketuai oleh YBhg. Datuk Sh Sitti Saleha Binti Habib Yussof bersama deligasi ke atas Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.
Kunjungan hormat ini disambut oleh YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling @ Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah diiringi oleh YBrs. S. Dzulkarnain Bin S. Abdillah, Timbalan Pengarah (Tanah), YBrs. Ahmah Shah Bin A. Kallon, Timbalan Pengarah (Ukur) dan pegawai-pegawai kanan JTU.
Diharap kunjungan hormat ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.
... See MoreSee Less


+2
- likes love 6
- Shares: 0
- Comments: 0
0 CommentsComment on Facebook
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 (𝐉𝐓𝐒𝐒)
KOTA KINABALU, 07 April 2026 (Selasa) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Awang Zamhari Bin Awang Mahmood, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling @ Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah menyambut mesra kunjungan hormat ini serta diiringi YBrs. Sr. Tosilah Lojikip@Prisilla, Timbalan Pengarah (Pembangunan), YBrs. S. Dzulkarnain Bin S. Abdillah, Timbalan Pengarah (Tanah), YBrs. Ahmah Shah Bin A. Kallon, Timbalan Pengarah (Ukur) dan pegawai-pegawai kanan JTU. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk penandaarasan Prestasi dan Adaptasi Amalan Terbaik (Best Practices).
... See MoreSee Less


+7
0 CommentsComment on Facebook
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Dengan penuh hormat dan takzim, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Semoga Tuan Yang Terutama terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat dan kebijaksanaan dalam menerajui kepimpinan, serta kekal memayungi kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Sabah.
Ikhlas daripada,
YBrs. Sr. Alan Chua Ming Ling,
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah
dan
Seluruh warga Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah
... See MoreSee Less

0 CommentsComment on Facebook
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Di kesempatan ini, marilah kita saling bermaafan dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjalankan amanah demi kesejahteraan bersama. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Dengan ingatan tulus ikhlas:
YBrs. Sr. Alan Chua Ming Ling
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah
... See MoreSee Less

1 CommentComment on Facebook
Selamat Hariraya
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐊𝐘𝐀𝐇 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
PUTATAN, 19 Mac 2026 (Khamis) - Ahli Jawatankuasa (AJK) dilantik daripada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah yang diketuai oleh YBrs. En. S. Dzulkarnain Bin S. Abdillah, Timbalan Pengarah (Tanah) telah terlibat secara langsung dalam mencerap anak bulan di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.
... See MoreSee Less


+
0 CommentsComment on Facebook
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐈𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐒𝐌𝐌)
KOTA KINABALU, 18 Mac 2026 (Rabu) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah menerima kunjungan daripada Sabah Mineral Management (SSM) di Bilik Mesyuarat Timbalai, Level 8, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur.
Rombongan Sabah Mineral Management (SSM) telah disambut oleh YBrs. Sr Alan Chua Ming Ling, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Turut hadir oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (GDM) dan Ketua Penolong Pengarah (Galian) Jabatan Tanah dan Ukur.
... See MoreSee Less


0 CommentsComment on Facebook